Syihan Hazmi Buat Pemain Kelab Sepanyol Terkaku
Persahabatan
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi mencipta sensasi apabila menunjukkan kebolehan sebenarnya di Sepanyol.

Pemain berusia 28 tahun itu kini menjalani persiapan pra-musim apabila turun beraksi dalam beberapa perlawanan di sana.

Advertisements

Persembahan penjaga gawang Malaysia ini sentiasa menjadi perhatian pada peminat selepas membantu Harimau Selatan untuk mengekalkan 4 trofi domestik yang telah dimenangi.

Ketangkasan Syihan terus menjadi bualan apabila beliau berjaya menyelamatkan sepakan penalti ketika berdepan pasukan Divisyen 3 Sepanyol, CD Alcoyano.

Advertisements

Beliau kelihatan tenang ketika situasi satu lawan satu berdepan Pablo Ganet sebelum bijak untuk membaca arah tembakan pemain berusia 29 tahun itu.

Syihan berjaya menafikan sepakan pemain Equatorial Guinea itu untuk memastikan kemenangan 2-1 memihak Harimau Selatan.

Advertisements

Sebagai rekod, JDT merekodkan 5 kemenangan san hanya satu kekalahan di Sepanyol menentang CD Eldense tempoh hari.

Advertisements

JDT kini dalam persiapan bagi aksi Piala Sumbangsih 2024 menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim.

Video: CD Alcoyano vs JDT

Advertisements

News Comments Account