Syihan Hazmi Dalam Radar Jurulatih Tajikistan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Segrt mengakui bahawa ada bintang Malaysia yang berjaya mencuri tumpuannya pada aksi semalam.

Pengendali kelahiran Croatia itu mengakui bahawa skuad Harimau Malaya memiliki kualiti untuk menandingi pasukan kendaliannya namun semangat juang mereka berjaya menoktahkan kemenangan.

Katanya, beliau tertumpu kepada kelibat penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi yang tampil cemerlang menafikan peluang pasukannya semalam.

Advertisements

Ketika ditanya, Sergt kelihatan kagum dengan persembahan penjaga gol Negeri Sembilan setelah beraksi menentang Thailand sebelum ini.

“Saya suka penjaga gol kamu.”

“Beliau (Syihan) mempunyai kualiti yang baik sama juga seperti pemain nombor 13 (Sumareh),” jelasnya kepada MakanBola.

Advertisements

Dalam perlawanan semalam, pemain berusia 26 tahun itu berjaya melakukan 4 penyelamatan penting termasuklah ketika Tajikistan berjaya menjaringkan gol sungguhpun dalam keadaan ofsaid.

Malaysia tewas menerusi penentuan sepakan penalti setelah perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0 sekaligus menyaksikan pasukan negara terlepas peluang menamatkan kemarau 44 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram