Syihan Hazmi Jadi ‘Guru’ Sikh Izhan
Harimau Malaya
FA Malaysia & NSFC
Advertisements

Penjaga gol pasukan Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel mengakui masih belum mencapai tahap yang diperlukan untuk menandingi kekuatan penjaga gol utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi.

Pemain muda itu kini dipinjamkan ke skuad Jang dari Selangor untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.

Beliau bagaimanapun mengakui sedang berusaha keras untuk memperbaiki kualiti diri sungguhpun kini boleh dianggap sebagai penjaga gawang utama pasukan.

Advertisements

Hal ini menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu menjadi antara penjaga gawang paling menyerlah musim ini.

Beliau dalam satu temu bual selepas perlawanan, Sikh Izhan menyatakan bahawa dirinya banyak belajar daripada Syihan Hazmi terutamanya dari kem kebangsaan.

“Sebelum saya masuk Negeri Sembilan saya tak letak sasaran apa-apa untuk dapat panggilan ke skuad kebangsaan. Fokus saya adalah untuk mendapatkan minit bermain di Liga Super.”

Advertisements

“Saya fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan, saya dengar nasihat ibu bapa saya dan barisan kejurulatihan banyak membantu saya. Penghijrahan ke Negeri Sembilan banyak membantu saya.”

Sikh Izhan juga memberitahu bahawa Syihan banyak membantunya untuk menjadi pemain yang lebih baik.

“Setiap kali kem kebangsaan, saya banyak bertanya kepada Syihan dan Azri. Saya banyak dapat input dari mereka kerana mereka banyak bantu. Kami bersaing secara sihat. Saya masih belum boleh cabar kedudukan dia (Syihan), jelasnya ketika ditemu bual selepas perlawanan.

Advertisements

Beliau bagaimanapun masih belum memikirkan hala tujunya pada musim baru sungguhpun minit permainan menjadi keutamaan untuk terus mengukuhkan diri dalam kancah Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram