Advertising
Syihan Hazmi: Kita Perlu Raih Mata Berdepan Jordan
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Syihan Hazmi berpendapat skuad Harimau Malaya perlu meraih mata berdepan Jordan dalam perlawanan pertama kumpulan E Piala Asia 2023.

“Alhamdulillah, dari hari pertama kami tiba mental pemain sangat baik dan fokus untuk aksi pertama. Saya harap penyokong Malaysia doakan kami agar dapat meraih mata untuk perlawanan pertama.”

Ad

“Saya teruja dan bersyukur dapat menyertai Piala Asia. Setiap kejohanan saya berikan lebih 100% dan sentiasa fokus.” kata Syihan.

Ad

Penjaga gol kebangsaan Malaysia itu turut menyatakan aksi menentang Syria menunjukkan tanda positif dalam kalangan pemain Malaysia.

“Semua pemain yang diturunkan memberikan aksi yang terbaik tidak kira berapa minit mereka bermain dalam perlawanan tersebut.”

Ad
syihan malaysia 5 Syihan Hazmi: Kita Perlu Raih Mata Berdepan Jordan
FA Malaysia

“Perlawanan itu sangat positif untuk pasukan kita sebagai persiapan menentang Jordan untuk aksi pertama.”

Ad

“Kita tidak boleh terlalu fokus ke depan, kita kena hadapi tentangan Jordan terlebih dahulu dan cuba memanfaatkan perlawanan pertama.”

Ad

“Kami sedang persiapkan fizikal dan mental dan setakat ini semua pemain sudah bersedia.” ujarnya.

Syihan turut berkongsikan sokongan dan kata-kata semangat yang diterima daripada pemain senior seperti Farizal Marlias dan Khairul Azhan.

“Semua pihak memberikan sokongan dan semangat, bukan untuk saya sahaja tetapi untuk Azri Ghani dan Sikh Izhan.”

“Sebagai penjaga gol, saya mengambil pendapat dan mendengar pengalaman daripada rakan-rakan penjaga gol yang lebih berpengalaman.”

“Bukan saya sahaja tetapi semua pemain dan jurulatih yakin namun kita tidak boleh terlalu mendabik dada. Pasukan lawan turut lakukan persiapan jadi kita kena bersedia.” jelasnya.

Malaysia bakal bertemu Jordan pada 16 Januari ini manakala Korea Selatan akan turun menentang Bahrain untuk aksi pertama peringkat kumpulan E Piala Asia.