Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi berkongsikan amalan yang menjadi rutinnya sebelum memulakan sesuatu perlawanan bola sepak.
Pemain berusia 27 tahun itu menggalas tugas selaku benteng terakhir pasukan Harimau Selatan sejak berpindah dari Negeri Sembilan musim ini.
Ketangkasan anak jati kelahiran Kelantan ini sering menjadi bualan peminat yang menyaksikan gawang gol JDT hanya dibolosi 3 gol setakat ini.
Bekas pemain PJ City ini bagaimanapun lebih menarik perhatian ramai apabila beliau dikatakan mempunyai amalan tertentu sebelum memulakan perlawanan.
Syihan seringkali dilihat mengangkat kedua-dua tangannya di hadapan gawang sementara mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu.
Menerusi satu perkongsian khas bersama penyokong, beliau menyatakan bahawa ayat yang dibaca itu datangnya amalan rutinnya.
“Saya membaca, Bismillahilladzi laa yadlurru ma‘asmihi syaiun fil ardli wa laa fissamaai wahuas samii’ul ‘aliim“.”
Syihan jelas menjadi nadi buat pasukan bimbingan Tano Solari dan kecekapannya seringkali menggagalkan usaha lawan untuk menjaringkan gol.