Syihan Hazmi Letak 2 Kriteria Kelab Barunya
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi meletakkan dua kriteria kepada kelab yang bakal diwakililnya.

Dalam satu sesi sidang media ketika kem latihan skuad Harimau Malaya, Syihan berkongsi keterujaan dapat bersama pasukan kendalian Kim Pan-gon.

Menurutnya peluang seperti ini akan dilakukan sehabis baik untuk beliau dan rakan sepasukan mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi persahabatan dan pentas AFF kelak.

Advertisements

Syihan dalam pada itu juga sempat berkongsi dua kriteria kelab yang bakal diwakilinya. Beliau menitikberatkan soal penambahan ilmu dan juga mengidamkan karier yang lebih baik.

“Kelab yang boleh bagi kita ilmu lebih mendalam lagi untuk kita kembangkan lagi karier kita.”

Advertisements

Syihan juga menegaskan aspek kesungguhan dalam latihan. Beliau yakin jika para pemain memberikan sepenuh komitmen ketika latihan, ia mampu memberikan aksi cemerlang dalam padang nanti.

“Bagi Syihan, minit permainan itu penting tapi atas diri masing-masing, dalam latihan juga sama juga kalau kita berlatih main-main, dalam perlawanan tak jadi jugak. Dalam latihan dan permainan kena beri seratus peratus,” ujar Syihan Hazmi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram