Syihan Hazmi Penjaga Gol Terbaik Liga Super
MakanBola
JST
Sponsors

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Syihan Hazmi Mohamed terus membuktikan dirinya sebagai penjaga gol terbaik Malaysia ketika ini.

Ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bilangan rekod tanpa bolos yang direkodkan penjaga gol sepanjang musim 2023.

Ad
Sponsors

Syihan menerajui carta dengan rekod tanpa bolos sebanyak 19 kali, jauh meninggalkan penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Nawi di tempat kedua.

Ad

Kalamullah membuktikan dirinya boleh diharap sebagai penjaga gawang Kedah dengan rekod tanpa bolos sebanyak sembilan kali.

Sementara penjaga gol utama Terengganu FC, Suhaimi Husin pula menduduki tempat ketiga dengan rekod tanpa bolos sebanyak lapan kali.

Ad

Syihan berjaya meraih rekod tersebut disebabkan kecemerlangan barisan pertahanan JDT dalam Liga Super musim 2023.

Ad

Kerjasama mantap antara Syihan dan barisan pertahanan Harimau Selatan diketuai Jordi Amat memastikan mereka hanya melepaskan tujuh gol dalam liga.

Jika pertahanan mereka ditembusi lawan sekalipun, bekas penjaga gol Negeri Sembilan FC itu cekap menepis setiap percubaan ke arah gawangnya.

Kombinasi ini menjadi kunci kejayaan JDT bukan saja meraih gelaran juara Liga Super. Malah, tahun 2023 menyaksikan Harimau Selatan meraih empat trofi buat kali kedua berturut-turut.

Ramdhan Hamid (PDRM FC) dan Samuel Somerville (Selangor FC) berkongsi tempat keempat dengan mencipta rekod tujuh perlawanan tanpa bolos.

Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan memastikan rekod enam perlawanan tanpa bolos beliau membantu pasukan itu menduduki tangga kelima Liga Super.

Manakala Azri Ghani (KL City FC), Khairul Fahmi Che Mat (Sabah FC) dan Khairulazhan Khalid (Selangor) melengkapkan senarai penjaga gol terbaik liga.