Ketua jurulatih Syria, Hector Cuper masih menagih khidmat kuda tua Syria untuk membarisi hampir separuh skuad iaitu seramai 12 orang dalam senarai 25 pemain bagi aksi persahabatan menentang Malaysia dan China.
Majoriti pemain berumur yang dipanggil Hector Cuper sudah berumur 30 tahun ke atas dan pemain paling tua sudah berumur 36 tahun.
Hanya seorang sahaja pemain muda berusia 19 tahun yang dipanggil oleh Hector Cuper iaitu pemain pertahanan tengah, Mohammad Othman.
Moayad Ajan (30 tahun), Amro Jenyat (30 tahun), Mahmoud Al-Mawas (30 tahun), Shaher Al-Shakhir (30 tahun), Muayad Al-Khouli (30 tahun), Ibrahim Alma (31 tahun), Mardik Mardikian (31 tahun), Thaer Krouma (33 tahun), Ahmad Madanieh (33 tahun), Omar Al-Somah (34 tahun), Saad Al-Ahmad (34 tahun) dan Taha Mosa (36 tahun) merupakan 12 pemain senior yang masih ditagih oleh Cuper.
12 lagi pemain yang dipanggil menyertai pasukan Syria merupakan pemain yang berumur 20 hingga 29 tahun.
Malah hampir 90% pemain merupakan pemain yang sama dipanggil sewaktu aksi persahabatan menentang Vietnam pada bulan Jun lalu dan hanya 3-4 pemain sahaja yang tidak dikekalkan oleh Hector Cuper.
Kelibat penyerang senior Syria, Omar Al-Somah dilihat bakal menjadi senjata utama pasukan Syria kelak dalam memecah masuk kubu pertahanan Malaysia.