Pemain sayap Terengganu FC, Safawi Rasid merasa kecewa dengan tindakan sebuah portal media yang menerbitkan berita tidak benar tentang dirinya.
Portal tersebut mendakwa pemain sayap berusia 27 tahun itu digantung kerana mengambil bahan perangsang prestasi.
Sebaik artikel tersebut diterbitkan, Safawi merasa marah dan menyifatkan artikel tersebut sebagai satu fitnah.
Lantas, bekas pemain sayap Ratchaburi itu memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas portal media itu.

“Fitnah melampau. Tak baik buat cerita macam ini. Gila publisiti. Tunggu saman,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story. Hantaran tersebut turut mengandungi tangkap layar artikel yang dinyatakan.
Safawi sudah menjaringkan 15 gol dan mencipta tiga bantuan gol daripada 28 penampilan musim ini bersama Terengganu.
Selepas tersingkir daripada saingan Shopee Cup, beliau kini mengalihkan fokus membantu pasukan itu menentang Negeri Sembilan FC pada 9 Februari ini.