Tak Pandai Berbahasa Sepanyol, Jurulatih Chile Gugurkan Penyerang Kacukan
Eropah
Sheffield United
Advertisements

Ketua jurulatih Chile, Ricardo Gareca telah menggugurkan penyerang kacukan Chile-England ekoran gagal berbahasa Sepanyol.

Ben Brereton Diaz merupakan pemain kacukan Chile setelah mempunyai darah Chile menerusi ibunya walaupun lahir di England.

Penyerang itu pernah dipanggil memperkuatkan pasukan Chile dua tahun lalu dalam kejohanan Copa America 2021 dan membantu Chile layak ke suku akhir sebelum Chile tewas kepada Brazil.

Advertisements

Kini Ben Brereton Diaz digugurkan setelah masih gagal berbahasa Sepanyol yang merupakan bahasa pertuturan warga Chile setelah dua tahun menyarung jersi kebangsaan La Roja.

Menurut The Sun, Jurulatih Ricardo Gareca mengakui penting bagi penyerang kacukan itu berbahasa Sepanyol kerana baginya komunikasi antara pemain amat penting.

“Saya mahu dia belajar bahasa Sepanyol, ia sangat penting. Dia dipanggil bermain dalam Copa America dua tahun lalu, dia ada banyak masa untuk belajar bercakap Sepanyol.”

Advertisements

“Saya sendiri telah memberitahu beliau (Ben Brereton Diaz) agar belajar kerana ini penting untuk berkomunikasi. Komunikasi antara rakan sepasukan, saya, para jurulatih dan juga para pegawai media.” ujar Ricardo Gareca.

Jurulatih berusia 66 tahun itu menjadi ketua jurulatih Chile pada Januari lalu dan akan membimbing Chile bertemu pasukan Albania dan Perancis.

Sebelum ini kisah Ben Brereton Diaz mewakili Chile meraih perhatian ramai kerana darah kacukan Chile beliau diketahui ramai menerusi bantuan permainan video Football Manager.

Advertisements

Mark Hitch yang bekerja untuk Football Manager telah mengemaskini status kewarganegaraan kedua Ben Brereton kepada warganegara Chile setelah pemain itu memberitahu “Secara teknikalnya saya boleh mewakili Chile kerana ibu saya merupakan orang Chile”.

Tidak lama selepas itu, Instagram Brereton telah dipenuhi oleh penyokong Chile yang memberi komen dengan meletakkan bendera negara Chile. Ada juga yang memberi komen “Brereton untuk Chile” dan “Kamu (Brereton) perlu bermain untuk Chile”’

Ini kerana beberapa pemain permainan video Football Manager mengetahui tentang kelayakan Brereton menerusi data beliau dalam Football Manager 2021.

Advertisements

Penyerang yang kini berusia 25 tahun itu akhirnya dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan Chile pada Jun 2021 dalam saingan Copa America.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram