Advertisement
Taktikal BG Pathum Bocor Di Tangan Jurulatih Ulsan Hyundai
ACL
MakanBola
Ulsan Hyundai FC

Ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung Bo lega setelah pasukannya berjaya meraih 3 mata berharga dilaman sendiri.

“Ini perlawanan ACL pertama saya. Nasib baik kami bermain dilaman sendiri. Ini perlawanan penting bagi kelab Korea.” ujar jurulatih tersebut.

Ulsan berjaya menewaskan kelab Thailand, BG Pathum United 3-1 menerusi hatrik pemain utama mereka, Martin Adam dalam perlawanan tersebut.

Hong Myung Bo turut mengakui beliau dapat membaca taktikal BG Pathum yang kerap melakukan serangan balas dan segera melakukan beberapa pertukaran pada babak kedua untuk mengatasi taktikal lawan.

“Hasil perancangan kami berjaya meraih kemenangan dan mengubah suasana perlawanan. Kami bersedia dengan serangan balas pasukan lawan. Kualiti penyudah kami tidak bagus pada babak pertama namun kami memperbaikinya pada babak kedua.” ujar beliau lagi menurut laman sukan Chosun.

Ulsan Hyundai menjaringkan gol pertama namun mereka tersentak dengan gol penyamaan BG Pathum United yang menyebabkan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Ulsan bagaimanapun berjaya menjaringkan 2 gol lagi pada babak kedua untuk mengalahkan cabaran BG Pathum United.

Kemenangan ini menyaksikan Ulsan Hyundai meraih 3 mata untuk perlawanan pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL).