Tan Cheng Hoe Jelaskan Ada Muka Baharu Bakal Diberi Peluang
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 16 Sept – Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah mengesahkan bahawa ada beberapa muka baharu yang bakal dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat yang dijangka berlangsung pada 4-12 Oktober ini.

Seperti yang telah dimaklumkan, skuad negara akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan sungguhpun pada awalnya, perlawana tersebut dijadualkan berlangsung pada bulan ini. Namun begitu, atas beberapa sebab yang menghalang, ia terpaksa dibawa ke bulan hadapan.

Menurut penjelasan jurulatih berusia 53 tahun itu, barisan kejurulatihan telah memantau dengan sangat rapat perkembangan para pemain yang beraksi di Liga Super musim ini. Beliau juga sudah pun mengenal pasti beberapa muka yang dirasakan layak mendapat peluang untuk menyarung jersi kebanggaan negara itu.

Advertisements

‘Kami (barisan jurulatih skuad Harimau Malaya) memantau setiap perlawanan dan menilai tahap permainan pemain untuk dipanggil pada latihan pusat nanti.’

‘Secara keseluruhan pemain-pemain tempatan bermain cukup baik dan saya harap mereka yang dipanggil nanti mampu berikan aksi sama dalam latihan,’-Jelas Cheng Hoe kepada Arena Metro.

Sambil itu, beliau tidak menafikan bahawa peluang dan ruang akan sentiasa diberikan kepada para pemain yang dirasakan layak malah sedia mencuba beberapa gandingan baharu untuk membentuk skuad yang ampuh menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijangkakan bakal berlangsung pada penghujung tahun ini.

Advertisements

Beliau pastinya ingin membentuk gandingan terbaik setelah skuad negara mengharungi kempen yang kurang memberangsangkan pada siri Kelayakan Piala Dunia 2022 sebelum ini.

Terdapat beberapa pemain muda yang dilihat telah memperagakan aksi yang cukup cemerlang dalam saingan musim ini. Antara nama-nama yang sering disebut termasuklah pemain sayap pasukan Terengganu FC, Hakimi Abdullah yang sudah pun menjaringkan 5 gol dan mencipta 1 bantuan gol.

Selain itu, antara pemain yang sangat cemerlang beraksi bersama pasukan masing-masing termasuklah pertahanan kanan Penang Fc, Quentin Cheng dan juga bek kiri KL City FC, Daniel Ting. Kedua-dua pemain ini telah beraksi dalam kesemua perlawanan bersama pasukan di Liga Super.

Advertisements

Ada ura-ura yang mengatakan bahawa pemain seperti Faisal Halim dan pertahanan tengah Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar antara calon yang layak namun jurulatih tersebut masih mengunci mulut mengenai calon pemain yang bakal dipanggilnya menjelang latihan pusat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram