Tan Cheng Hoe Ganti Mora Di JDT?
Dunia
FAM
Advertisements

Desas desus penamatan kontrak Benjamin Mora bersama JDT semakin menular dengan peminat mula membuat spekulasi berdasarkan ciapan terbaru wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam.

Ketiadaan Benjamin Mora sejak seminggu lalu bersama kem JDT dalam dua perlawanan terakhir JDT menimbulkan spekulasi ‘liar’ berkenaan pemergian Benjamin Mora.

Kini timbul pula khabar angin berkaitan beberapa nama besar bola sepak Malaysia bakal kembali sertai Harimau Selatan dengan nama Tan Cheng Hoe turut dipetik.

Advertisements

Pemerhati bola sepak Malaysia, Juan Budiman memuat naik wajah 3 bekas jurulatih JDT dan turut menyelitkan wajah Tan Cheng Hoe berserta kapsyen popularnya iaitu warna bendera Johor Darul Ta’zim beserta ayat “Selamat Kembali”.

Namun berdasarkan info yang kami terima dari Johor Bahru pada 11 pagi tadi (27 Julai 2022), khabar angin berkenaan Benjamin Mora meninggalkan JDT dikatakan palsu dan tidak benar dan beliau akan kekal bersama JDT.

Tan Cheng Hoe sebelum ini mengendalikan skuad kebangsaan negara sebelum meninggalkan posisi panas tersebut dan kini diambil alih oleh Kim Pan-gon dari Korea Selatan.

Advertisements

Tan Cheng Hoe turut tidak menafikan bakal kembali aktif menjadi jurulatih jika ada tawaran serius dari mana-mana pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram