Tan Cheng Hoe Nafi Sertai Selangor
Dunia
Utusan Malaysia
Advertisements

Bekas Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bakal menyertai pasukan Selangor mahupun mana-mana pasukan Lembah Klang.

Menurutnya, beliau kini lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga namun tidak menolak kemungkinan untuk kembali aktif ke kancah bola sepak jika terdapat pasukan yang serius.

“Perkara itu tidak sahih pun. Rumour sahaja. Sekarang ini saya hanya berehat dan meluangkan masa dengan keluarga.

Advertisements

“Dalam masa terdekat pun saya tiada perancangan apa-apa. Kalau ada yang betul-betul serius saya akan fikirkan untuk latih tapi setakat ini tiada lagi,” katanya kepada portal berita Majoriti.

Sebelum ini timbul khabar angin Tan Cheng Hoe bakal menyertai salah sebuah pasukan dari Lembah Klang menerusi beberapa ciapan Twitter pemerhati bola sepak Malaysia.

Tan Cheng Hoe sebelum ini mengandalikan skuad kebangsaan bermula tahun 2017 sebagai penolong jurulatih sebelum diserapkan sebagai Ketua Jurulatih pada tahun 2018 hingga awal tahun 2022 sebelum melepaskan jawatan sepenuhnya atas persetujuan bersama FAM.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram