Tan Cheng Hoe Percaya Pemain Tempatan Selangor Berkualiti
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Kebelakangan ini, beberapa pasukan Liga Super mempunyai sembilan awang import bersesuaian dengan peraturan pemain import untuk musim 2023. Tetapi bagi jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, pengambilan awang import untuk pasukan berkenaan perlu juga melihat kepada keperluan dan bajet pasukan.

Tidak dinafikan dengan adanya sembilan awang import, ia memantapkan Selangor di atas padang. Tetapi bagi bekas pengendali Harimau Malaya itu, tenaga pemain tempatan juga patut diambil kira kerana mereka juga tonggak pasukan.

Justeru, sebarang perancangan untuk menambah pemain import skuad Gergasi Merah perlu bersifat teliti dan tidak mengganggu keseimbangan pasukan.

Advertisements

“Sama ada menggunakan kuota sembilan pemain import atau tidak, sudah tentulah kita kena lihat kepada bajet dan keperluan pasukan juga.

“Jadi, kita perlu lihat juga pada setiap posisi itu adakah diperlukan dan pastinya kalau ada peluang, memang kita mahukan sembilan pemain import.

“Tetapi sebagai jurulatih, sudah tentu saya juga akan fikirkan pemain tempatan yang saya percaya mereka tetap boleh memberi saingan kepada pasukan,” katanya.

Advertisements

Musim ini, Selangor mengekalkan khidmat Yazan Al-Arab, Hein Tet Aung, Richmond Ankrah dan Alex Agyarkwa. Hanya Noor Al-Rawabdeh (Jordan) yang dibawa masuk sebagai tenaga import baru skuad Merah Kuning.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram