Tan Cheng Hoe: Shahrul Nizam Sedar Namanya Ada Dalam Senarai ‘Backup’
Dunia
Football Association Malaysia
Advertisements

Baru-baru ini telah tular isu yang melibatkan pemain pertahanan tengah Terengganu FC, Shahrul Nizam yang gagal dihubungi untuk melaporkan diri ke dalam skuad latihan kebangsaan. Shahrul dikatakan turun ke laut sejurus majikannya, Terengganu FC memberi cuti kepada para pemain.

Pengendali skuad kebangsaan negara, Tan Cheng Hoe mengulas lanjut berkaitan isu yang hangat diperkatakan seluruh peminat bola sepak tempatan ini kepada Stadium Astro. Menurut Cheng Hoe, Shahrul sebenarnya sudah dihubungi awal dan beliau tahu bahawa namanya ada dalam senarai backup.

“Kami sudah menghubunginya sebelum senarai pemain dikeluarkan dan dia juga tahu bahawa dia dalam senarai menunggu.”

Advertisements

Tan Cheng Hoe turut beranggapan bahawa ini adalah peluang terbaik untuk pemain pertahanan itu membuktikan kredebilitinya sebagai pemain yang layak untuk membarisi skuad kebangsaan. Walau bagaimanapun, TCH berpendapat bahawa Shahrul Nizam akan sentiasa dipantau barisan kejurulatihan untuk callup akan datang.

“Ini peluang terbaik buatnya tetapi walaupun dia tidak bersama kami (pada kali ini), kami perlu lihat pada masa depan sama ada perlu memanggilnya semula atau sebaliknya.”

Dalam pada itu, menurut Tan Cheng Hoe, semua pemain Hrimau Malaya telah berjaya melapor diri dan kini bersama skuad kebangsaan termasuk pemain yang berkasi di liga luar, Luqman Hakim dan Dominic Tan.

Advertisements

“Semua pemain sudah bersama kami termasuk Luqman (Hakim Shamsudin) dan Dominic Tan. Mereka sedang dalam tempoh pemulihan.”

Tan Cheng Hoe menunjukkan rasa terujanya kepada setiap pemain yang sentiasa bersemangat dan menunjukkan reaksi positif ketika turun berlatih walaupun sebelum ini, para pemain terlibat dengan kepadatan jadual.

“Semalam saya nampak pemain keletihan tetapi mereka menunjukkan tanda positif menerusi semangat ketika berlatih.”

Advertisements

Skuad Harimau Malaya akan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan kelak. Perlawanan ini sebagai persediaan skuad negara bagi menghadapi kempen AFF Suzuki 2020 dan saingan kelayakan Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram