Tan Cheng Hoe Susah Hati
Dunia
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – MARCH 23: Malaysia’s head coach Tan Cheng Hoe issues instruction from the technical area during the Airmarine Cup final match between Malaysia and Afghanistan at Bukit Jalil National Stadium on March 23, 2019 in Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo by How Foo Yeen/Getty Images)
Advertisements

Pengendali pasukan kebangsaan negara, Tan Cheng Hoe akui beliau akur dengan keputusan pembatalan aksi persahabatan skuad Harimau Malaya. Menurut Cheng Hoe, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sentiasa berbincang dengan Malaysian Football League (MFL) untuk memberi laluan kepada saingan Liga Super Malaysia diteruskan.

Dalam pada itu, Tan Cheng Hoe turut berharap agar pasukannya mendapat lampu hijau untuk beraksi pada jendela perlawanan antarabangsa pada 4 hingga 12 Oktober nanti.

Perlawanan antarabangsa ini penting sebagai persiapan skuad kebangsaan sebelum menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki pada bulan Disember dan saingan pusingan kelayakan Piala Asia 2023 pada Februari tahun hadapan.

Advertisements

“Kami barisan jurulatih dan FAM sedang berbincang bagi bulan Oktober dan November dalam kalendar FIFA untuk perancangan pasukan membuat perlawanan persahabatan” kata Tan Cheng Hoe.

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Tan Cheng Hoe turut menambah bahawa barisan kejurulatihan akan sentiasa memantau pemain-pemain yang akan dipanggil menyertai pasukan kebangsaan kelak.

“Kita berharap pada bulan Oktober dan November nanti kita akan mendapat lampu hijau atau mendapat kelonggaran untuk bermain dalam aksi persahabatan serta perlawanan yang dijadualkan pada bulan November kelak”

Advertisements

Tan Cheng Hoe turut menjelaskan bahawa pihak mereka tidak ada perancangan untuk skuad Harimau Malaya berlawan dengan kelab-kelab di Liga Malaysia. 

“Kita tidak mahu melakukan perlawanan persahabatan dengan kelab di Liga Super kerana kita ingin mengumpul mata FIFA jika mengadakan perlawanan persahabatan bertemu negara lain.”

Menurut Cheng Hoe, jadual kalendar FIFA amat penting dalam pengiraan mata dan ia berkait rapat dengan ranking pasukan kebangsaan. Oleh kerana itu FAM mahu mengambil kesempatan untuk bermain dalam aksi perlawanan persahabatan supaya ranking pasukan negara meningkat.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram