Advertisement
Tan Cheng Hoe Tinggal Kesan Mendalam Buat Syafiq Ahmad
Harimau Malaya
MakanBola
FA MALAYSIA

Bekas pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hie telah meninggalkan kesan mendalam terhadap corak permainan penyerang Kedah, Syafiq Ahmad.

Pemain berusia 28 tahun itu dalam satu sesi audio siar bersama Wonda Coffee menjelaskan mengenai impak pengendali berusia 56 tahun itu terhadap dirinya.

Syafiq kini beraksi buat Sang Kenari setelah dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2024/25.

Beliau berjaya membantu pasukan utara tanah air itu untuk beraksi pada peringkat separuh akhir MFL Challenge Cup dan bakal berdepan PDRM FC.

Tonggak versatil ini mengakui bahawa Cheng Hoe merupakan jurulatiu yang banyak mencorakkan permainannya sehingga kini.

“Jurulatih yang bagi impak kepada saya ialah Tan Cheng Hoe. Sebab dia ini kalau tengok gaya saya sekarang ini, saya paling tak suka buat benda bukan-bukan.

“Maksudnya kalau semudah yang boleh, saya akan beraksi semudah yang boleh. Sebab kalau tengok permainan saya, saya sudah diterapkan sejak dari dulu lagi saya paling banyak (sentuh bola) dua atau tiga kali.

Syafiq mengakui bahawa corak latihan dan permainan yang diterapkan oleh jurulatih kelahiran Kedah itu melekat dalam dirinya dan membantu beliau menampilkan aksi terbaiknya.

“Sebab saya pernah duduk bawah dia, kita pernah main dengan skuad penuh pun, kita berlatih penuh pun, beliau akan terapkan bermain dengan dua sentuhan. Sampai sekarang benda itu melekat, benda itu tak nak hilang,” katanya pada sesi audio siar itu.

Syafiq dipanggil membantu Harimau Malaya bagi aksi ASEAN Championship namun perjalanan skuad negara terhenti pada peringkat kumpulan.