Tangan Emas Kevin Mendoza Bawa Piala Malaysia Ke Kuala Lumpur
Dunia
Kevin Mendoza
Advertisements

Kecekapan penjaga gol pasukan Kuala Lumpur City FC, Kevin Ray Mendoza tidak dapat disangkal lagi selepas menampilkan aksi yang cukup menakjubkan ketika membantu pasukan kendalian Bojan Hodak untuk menjuarai edisi Piala Malaysia kali ini dengan mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Johor Darul Ta’zim malam tadi.

Penjaga gol yang berasal daripada Filipina ini jelas menjadi nadi keampuhan benteng pertahanan pasukan apabila beliau tampil untuk menghalang beberapa percubaan berbahaya yang dilancarkan barisan serangan JDT yang diketuai oleh penyerang berpengalaman iaitu Bergson Da Silva.

Sungguhpun begitu, detik terbaik buat JDT untuk meletakkan diri di hadapan tiba apabila sepakan percuma yang diperoleh di bahagian kanan pintu gol pasukan KL City FC menjadi detik cemas ketika hantaran lencong Arif Aiman singgah tepat di kepala Mauricio namun kecekapan Mendoza menafikan peluang terbuka tersebut.

Advertisements

Selain itu, pada minit ke-36, satu hantaran lintang yang cantik berjaya mencari pemain sayap pasukan, Safawi Rasid yang melepaskan satu tandukan namun ternyata ketenangan Mendoza menafikan JDT sekali lagi.

Pemain berusia 27 tahun ini terus membuat pasukan kendalian Benjamin Mora hilang arah sungguhpun beberapa percubaan tepat telah pun melepasi barisan pertahanan pasukan. Keyakinan dan semangat juang yang tinggi menyebabkan gawang gol pasukan KL seakan sukar dibolosi.

Satu lagi detik mencemaskan pada babak akhir permainan sekali lagi membuatkan para penyokong KL City tak senang duduk apabila kemasukan pemain gantian JDT, Syafiq Ahmad hampir membuahkan hasil menerusi satu sepakan gunting cantik namun digagalkan oleh penjaga gol berketinggian 187 cm ini.

Advertisements

Ini sekaligus menyebabkan JDT terpaksa berputih mata untuk mengekalkan kejuaraan berprestij ini setelah berjaya merangkulnya pada edisi yang terakhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram