Advertisement
Tano Solari Ramal Formula Berbeza Di Piala Malaysia
Piala Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari menjangkakan Negeri Sembilan FC menggunakan taktik berbeza dalam aksi kedua suku akhir Piala Malaysia esok.

Pasukan pelawat kecundang di tangan Harimau Selatan dengan keputusan 3-0 pada minggu lalu. Begitupun, Solari percaya anak-anak buah K. Devan tidak akan berdiam diri dan berusaha mengejar defisit gol sehingga wisel penamat esok.

“Ya, kami mendahului 3-0 tetapi ia tetap satu perlawanan yang sukar. Jadi, kami telah melakukan persiapan rapi bagi melayani kunjungan Negeri Sembilan FC.

“Ramalan saya, mereka akan bermain bermati-matian bagi merapatkan jurang atau memadamkan terus defisit gol yang dimiliki JDT ketika ini.

“Oleh itu, kesemua pemain tidak boleh mengambil mudah perlawanan kali ini dan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan,” katanya.

JDT memiliki kelebihan selesa 3-0 dari Paroi terima kasih kepada gol Arif Aiman Hanapi dan dua gol Bergson da Silva.

Sekiranya berjaya mengatasi cabaran skuad Rusa dalam aksi kedua suku akhir esok, JDT akan menanti Perak FC atau Sabah FC di pentas separuh akhir.