Ads
Tanzania Buat Indonesia Hampa
Persahabatan
PSSI

Indonesia hampa apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan ke-119 dunia, Tanzania dalam aksi persahabatan di Stadium Madya hari ini.

Advertisements

Perlawanan ini dilihat aksi pemanas badan buat Indonesia dan Tanzania sebelum kedua-dua pasukan mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 masing-masing.

Advertisements

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Indonesia diketuai pemain pertahanan Port, Asnawi Mangkualam. Manakala Tanzania pula diketuai pemain tengah Ghazi El Mahalla, Himid Mao Mkami.

Advertisements
Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah memberi tekanan kepada pelawat sekaligus menyukarkan mereka untuk melancarkan serangan.

Peluang pertama Tim Garuda hadir menerusi tandukan Shayne Pattynama selepas menerima hantaran Asnawi pada minit kelima. Malangnya, tandukan bek tengah K.A.S Eupen itu berjaya ditepis penjaga gol Taifa Stars, Ally Salim Juma.

Advertisements

Tanzania pula hampir mendapat peluang mendahului menerusi Waziri Muhudi di mana beliau hanya perlu melepasi penjaga gol Indonesia, Ernando Ari. Walau bagaimanapun, sepakannya berjaya disekat bek tengah Persija Jakarta, Rizky Ridho.

Marselino Ferdinan berusaha menggugat Salim Juma menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-36 tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Simba SC itu. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, jurulatih Tim Garuda, Shin Tae-yong membuat beberapa pertukaran pemain. Antara yang dimasukkan ialah Pratama Arhan, Ricky Kambuaya dan Muhammad Ferarri.

Tanzania hampir mendapat gol pendahuluan pada minit ke-47 apabila berjaya merampas bola daripada Ricky sebelum melancarkan serangan ke atas kubu pertahanan Indonesia. Malangnya, Rizky sekali lagi menjadi penghalang kepada usaha mereka.

Tae-yong kemudiannya memasukkan Egy Maulana Vikri, Nathan Tjoe-A-On dan Dimas Drajad pada minit ke-67 bagi memperkemas rentak pasukan itu.

Egy hampir mencipta impak segera apabila menolak bola ke arah gawang Tanzania tiga minit selepas itu. Malangnya, bola tersebut terkena tiang dengan Sandy Walsh didapati melanggar Salim Juma semasa melakukan percubaan susulan.

Bek tengah Indonesia, Justin Hubner menyangka dapat menyumbat bola ke dalam jaring pada minit ke-80. Walau bagaimanapun, rembatannya terkena kaki bek tengah Taifa Stars, Lameck Lawi sebelum mengenai sisi gol.

Tim Garuda terus ghairah memberi tekanan ke atas Taifa Stars tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Meskipun seri, persembahan yang dipamerkan Indonesia hari ini ke atas Tanzania mampu mempersiapkan mereka untuk perlawanan menentang Iraq pada 6 Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram