Ads
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers/FA Singapore

Tarikh aksi antara skuad kebangsaan Singapura dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) akhirnya didedahkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Advertisements

Sebelum ini, wartawan sukan The Straits Times, Deepanraj Ganesan mendedahkan dua lawan yang bakal dihadapi The Lions untuk kalendar antarabangsa September ialah BG Tampines Rovers dan JDT.

Advertisements

Ini disusuli dengan tiga aksi persahabatan dengan kelab J1 League di Jepun pada Oktober ini. Setelah itu, barulah anak buah Tsutomu Ogura menghadapi dua aksi antarabangsa dengan Myanmar dan Chinese Taipei pada November.

Advertisements

Advertisements

Aksi membabitkan BG Tampines Rovers dan Harimau Selatan lebih kepada perlawanan latihan dan diadakan secara tertutup.

Kini, FAS mendedahkan tarikh dua aksi berkenaan. The Lions bakal berdepan The Stags pada 6 September ini. Ini disusuli aksi menentang JDT yang diadakan pada 7 September.

Advertisements

Kesemua perlawanan yang diatur bukan saja sebahagian daripada persiapan Singapura menghadapi ASEAN Championship 2024. Malah, ini juga merupakan persiapan awal sebelum pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang diadakan pada 2025.

Singapura yang kini menduduki ranking ke-161 dunia masih belum mengecapi sebarang kemenangan di peringkat antarabangsa sejak Oktober 2023.

Advertisements

Guam menjadi mangsa The Lions dalam aksi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2026 dengan kemenangan 1-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram