Tawaran Lumayan Pernah Tarik Piya ‘Selangkah’ Tinggalkan Kelantan
Dunia
The Star
Advertisements

Perancang tengah lagenda Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya berkongsi detik genting dalam kariernya apabila beliau hampir-hampir meninggalkan pasukan Kelantan ketika berada di puncak kariernya.

Bekas bintang tengah The Red Warriors berusia 40 tahun itu mengenang semula perjalanan karier gemilang beliau apabila berjaya menjadi salah seorang perancang terbaik dalam generasinya ketika itu.

Mengulas lanjut, individu yang mesra disapa Piya ini mengakui ketika berada di kemuncak prestasi, beliau pernah terdetik untuk meninggalkan pasukan negeri kelahirannya bagi membawa haluan baru.

Advertisements

Katanya, keputusan ini sudah hampir ke detik terakhir sebelum beliau membuat ‘u-turn’ untuk kekal bersama Kelantan.

Felda United menjadi pasukan yang berusaha gigih untuk mendapat khidmatnya namun peristiwa itu ‘tertangguh’ apabila pihak pengurusan kelab mahu beliau pulang segera ke kelab.

“Masa tu saya dah sampai ke lapangan terbang dan mahu ke Kuala Lumpur tetapi bos (Tuan Azman) mahu saya datang ke ofis dulu.”

Advertisements

“Saya tiada idea nak jawab apa dan akur untuk pergi ke ofis.”

Detik itulah yang telah mengubah haluan dan perjalanan karier beliau apabila hatinya telah terpaut untuk kekal di Kelantan.

“Tuan Haji Azman tanya Felda tawarkan saya berapa, dia pun tawarkan jumlah yang hampir sama,” jelasnya dalam satu temubual bersama Astro Arena.

Advertisements

Bekas pemain tengah kebangsaan itu berkongsi pelbagai lagi detik indah ketika bergelar seorang pemain dan menjadi rujukan kepada pemain tengah lain suatu ketika dahulu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram