Ads
Tchetche Kipre Buat Magis Dua Kali Dalam Tempoh 5 Hari
Liga Super
Kuching City FC

Penyerang Kuching City FC, Tchetche Kipre membuktikan usianya bukanlah penghalang untuk cipta dua magis dalam tempoh lima hari.

Advertisements

Pemain import berusia 36 tahun itu telah mengecewakan pasukan lawan dalam dua perlawanan berturut-turut.

Advertisements

Pada aksi Liga Super yang menemukan Kuching City dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kipre yang dimasukkan sebagai pemain gantian telah mendapatkan sepakan penalti buat Kuching di hujung perlawanan selepas beliau dikasari Irfan Zakaria.

Advertisements
Advertisements

Penalti yang disudahkan Jordan Mintah itu membolehkan Kuching menyamakan kedudukan dan mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1.

Magis Kipre tidak terhenti di situ apabila lima hari selepas itu Kipre sekali lagi menjadi duri dalam daging pada aksi Liga Super di antara Kuching City dan Perak FC di Stadium Negeri Perak.

Advertisements

Pada aksi tersebut, Kipre menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 sekali gus menghadiahkan kemenangan berharga buat Kuching City dengan keputusan 2-1 di gelanggang lawan.

Impak yang dicipta Kipre ini nyata membantu Kuching City selepas berjaya mengutip 4 mata daripada dua perlawanan di laman lawan.

Advertisements

Kuching City kini berada di tangga ke-4 Liga Super dan hanya dipisahkan satu mata dengan pasukan di tangga ketiga, Terengganu FC yang masih kekurangan satu perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram