Liga Super: Kuching City Lonjak Tangga Ke-4 Liga, Tewaskan Perak
Liga Super
MakanBola
Perak FC
Advertisements

Perak terpaksa akur tewas kepada Kuching City di halaman sendiri setelah anak buah Aidil Sharin mempamerkan kebangkitan pada babak kedua perlawanan.

Yusri Che Lah mengekalkan trio serangan Firdaus Saiyadi, Wan Zack Haikal dan Clayton Da Silva yang membantu Perak menewaskan Kelantan DN sebelum ini untuk menggempur barisan pertahanan hebat Kuching City.

Advertisements

Kuching City yang dikendalikan oleh Aidil Sharin pula menurunkan pemain-pemain utama seperti Yuki Tanigawa, Daniel Amir, Tchetche Kipre dan Jordan Mintah.

Perlawanan yang dijadualkan bermula pukul 8.15 malam di Stadium Perak terpaksa ditunda kepada pukul 9.15 malam disebabkan faktor cuaca hujan lebat.

Advertisements

Permulaan babak pertama dimanfaatkan sebaiknya oleh Perak apabila meraih gol seawal minit ke-7 menerusi jaringan Wan Zack Haikal.

Kuching City yang tersentak dengan jaringan tersebut kembali memperkemaskan jentera pertahanan pasukan dan berjaya mengekang beberapa siri serangan daripada pasukan The Bos Gaurus.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama tamat dengan Perak mendahului Kuching City hasil jaringan tunggal Wan Zack Haikal.

Penantian Kuching City untuk gol penyamaan berakhir apabila Jordan Mintah berjaya membolosi gawang gol Perak untuk menjadikan kedudukan seri 1-1.

Advertisements

Tchetche Kipre mencerikan kem Kuching City apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-76 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Kuching City berjaya menundukkan Perak di gelanggang sendiri dengan jaringan 2-1 untuk meraih 3 mata berharga dalam saingan liga.

Advertisements

Skuad kendalian Aidil Sharin kini menghuni tangga ke-4 Liga Super dengan mengumpul 10 mata manakala Perak berada di kedudukan ke-9 dengan mengumpul 6 mata.

Perak seterusnya akan bertemu JDT pada 17 Ogos sementara Kuching City akan melawan cabaran Penang pada 11 Ogos kelak.

Advertisements

News Comments Account