Dunia
Bangkok Post
Advertisements

Penyerang utama skuad Thailand, Teerasil Dangda kini muncul sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF selepas menjaringkan 2 gol dalam pertemuan menentang Filipina. Kini beliau telah mengumpul 19 gol sekali gus menghapus rekod 17 gol milik Noh Alam Shah.

Dangda kini telah menjaringkan 4 gol dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2021 dalam 3 perlawanan bersama Thailand. Teerasil Dangda kini berkongsi carta pertama senarai penjaring terbanyak untuk kejohanan kali ini dengan jumlah 4 gol. 4 jaringan tersebut hadir dalam perlawanan Thailand menentang Myanmar dan Filipina dimana Teerasil Dangda menjaringkan 2 gol dalam kedua-dua perlawanan.

Sudah lebih sedekad penyerang berusia ini menyertai Piala Suzuki AFF setelah kali pertamanya pada tahun 2008. Kini pada usia 33 tahun beliau masih tajam di hadapan pintu gol. Teerasil Dangda juga pernah membolot Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF pada 2008, 2012 dan 2016.

Advertisements

Thailand ketika ini sudahpun mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir hasil 2 jaringan Teeradil Dangda. Penyerang prolifik yang pernah menyertai Manchester City ini dilihat akan terus memacu bahagian serangan Thailand pada perlawanan seterusnya.

Teerasil Dangda Teerasil Dangda Cipta Rekod Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF
Aksi Teerasil Dangda sewaktu bersama Thailand

Teerasil Dangda berpeluang untuk terus melebarkan rekod jaringannya apabila beliau masih mempunyai 1 perlawanan peringkat kumpulan dan 2 perlawanan timbal balik separuh akhir. Tidak mustahil Dangda mampu mencecah angka 20 dalam rekod jaringannya.

Malah tiada pemain yang hampir dengan rekod jaringan 19 gol dalam Piala Suzuki AFF beliau setakat ini. Hanya Khairul Amri (Singapura) dan Adisak Kraisorn (Thailand) yang paling hampir dengan jumlah 10 gol ketika ini yang masih bermain.

Advertisements

Thailand kali ini menyenaraikan barisan terkuat mereka untuk berentap dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2021 dengan barisan pemain seperti Teerasil Dangda, Chanatip Songkrasin, Adisak Kraisorn, Supachok Sarachat dan ramai lagi.

Kelibat Teerasil Dangda pastinya akan memberi ancaman besar kepada pihak lawan apabila pemain veteran ini masih mampu mempamerkan aksi cemerlang dengan konsisten menjaringkan gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram