“Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Ini Pula Tempat Mencipta Nama” – Amri Yahyah
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Lagenda bola sepak negara, Amri Yahyah menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas pasukannya, Selangor Fc yang memberikan penghargaan kepadanya.

Pemain berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa beliau sudah pun membuat keputusan untuk menggantung but selepas mengharungi hampir dua dekad karier yang penuh warna warni.

Perlawanan berdepan Kedah Darul Aman menjadi detik terakhir buatnya sebagai pemain bola sepak profesional setelah beraksi buat beberapa buah kelab di Malaysia.

Advertisements

Beliau yang mesra disapa Wak Am menzahirkan rasa terharu kepada hantaran yang dimuat naik oleh laman Selangor FC yang mengucapkan tahniah atas karier gemilangnya.

Lagenda The Red Giants itu kemudian memberi jawapn balas yang amat menyentuh hati.

“Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat mencipta nama,” ujarnya menerusi Instagram Story.

Advertisements
@fariszukeiman

Afiq Fazail hanya ikut arahan Kim Pan-gon. ✍️ Follow: @MakanBola #MakanBola #Malaysia #AfiqFazail #HarimauMalaya #PialaAsia #VNVideoEditor

♬ Lampu Merah – The Lantis

Sepanjang beraksi buat Selangor, Amri sudah pun meledak 138 gol dan menjadi pemain ketiga dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Amri juga disayangi oleh peminat Sabah FC selepas beraksi tiga musim bersama The Rhinos termasuklah membantu pasukan untuk layak ke pentas Piala AFC 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram