Tempoh kontrak penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mencuri tumpuan.
Pemain berusia 22 tahun itu melengkapkan perpindahan ke kelab Jepun, Yokohama SCC (Divisyen 3) daripada kelab Belgium, KV Kortrijk.
Beliau sebelum itu beraksi secara pinjaman di Iceland untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.
Anak jati Kota Bharu, Kelantan ini akhirnya membawa haluan baharu ke Jepun untuk terus bersaing dalam kancah bola sepak tertinggi Asia.
Tempoh pinjaman beliau bagaimanapun akan berakhir pada tahun ini dan pulang semula ke Belgium.
Menurut laman Transfermarkt, kontrak bekas tonggak Selangor ini akan berakhir pada 31 Disember 2024.
Beliau tidak berada dalam skuad dalam beberapa perlawanan sekaligus mencetuskan tanda tanya mengenai masa depannya di sana.
Luqman Hakim hanya beraksi sebanyak 5 perlawanan dan tidak menjaringkan sebarang gol sejak tiba di Jepun kira-kira 6 bulan yang lalu.
Kali terakhir Luqman membantu skuad muda Malaysia adalah pada aksi di Piala Asia B-23 Qatar, April lalu.