Advertising
Tempoh Pinjaman Akhyar Rashid Di Terengganu Hampir Tamat?
MakanBola
Terengganu FC

Tempoh pinjaman tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid di Terengganu dilaporkan berakhir tidak lama lagi.

Pemain berusia 25 tahun ini berjaya memecah kebuntuan untuk menjaringkan gol bersama skuad Peteh apabila meledak ketika menentang Sabah FC pada aksi suku akhir Piala FA.

Ad

Beliau yang beraksi bersama Safawi Rasid secara pinjaman mula menunjukkan keserasian luar biasa di atas padang.

Ad

Tempoh Akhyar kekal beraksi di Pantai Timur mula menjadi tanda tanya apabila kontraknya difahamkan berakhir Disember ini.

Perkara ini dinyatakan oleh data daripada laman Transfermarkt yang merekodkan tempoh pinjaman anak jati Kedah ini bersama Terengganu FC bagi musim 2024/25.

Ad

Tempoh pinjaman yang bermula pada Februari lalu dijangka tamat pada Disember 2024 tatkala musim ini bakal berakhir sekitar Mei tahun hadapan.

Ad

Perkara ini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak kelab dan juga pemain berhubung status tempoh pinjaman Akhyar di Terengganu.

Ad
Copy of Untitled Design 51 Tempoh Pinjaman Akhyar Rashid Di Terengganu Hampir Tamat?

Cabaran berat menanti Terengganu apabila bakal menentang Selangor pada aksi separuh akhir Piala FA 2024.