Tempoh Pinjaman Safawi Rasid Di Terengganu Tamat Lebih Awal?
MakanBola
JST/Terengganu FC
Sponsors

Tempoh pinjaman pemain sayap Terengganu FC, Safawi Rasid bersama pasukan itu dijangka tamat lebih awal berbanding saingan liga.

Tonggak berusia 27 tahun itu cemerlang membantu skuad Peteh untuk melangkah ke pentas separuh akhir Piala FA 2024.

Ad

Beliau dan rakan sepasukan, Akhyar Rashid menjaringkan gol penting untuk memastikan rekod tanpa kalah Terengganu kekal kebal musim ini.

Ad

Safawi yang dipinjamkan dari JDT musim ini bagaimanapun tidak diketahui tempoh pinjamannya namun menerusi laman Transfermarkt, beliau akan kekal hingga akhir musim 2024.

Tempoh ini lebih pendek tatkala saingan liga musim 2024/25 akan tamat pada pertengahan bulan April tahun hadapan.

Ad

Ini merupakan kali ke-3 anak jati Dungun itu dipinjamkan selepas ke Thailand bersama Ratchaburi dan juga Portimonense di Portugal.

Ad
Copy of Untitled Design 48 Tempoh Pinjaman Safawi Rasid Di Terengganu Tamat Lebih Awal?

Anak didik Tomislav Steinbruckner dalam misi penting selepas ini apabila bakal beraksi dalam beberapa aksi besar seperti menentang Selangor dan JDT dalam tempoh singkat.

Ad