Kapten ‘Marvel’ Manchester United, Harry Maguire kini memiliki peranan baharu dalam skuad besar United bagi mengharungi musim ini.
Pemain berusia 29 tahun ini lebih banyak dimasukkan selaku pemain gantian selepas kemasukan pertahanan kental Argentina, Lisandro Martinez yang telah merampas posisi asalnya.
Namun begitu, pemain kebangsaan England ini dilihat sudah mula mendapat sentuhannya semula apabila tampil konsisten dalam aksi beliau.
Aksi Maguire kembali mencuri tumpuan apabila kelibatnya dikesan ketika masuk untuk beraksi selaku penyerang dan bergandingan bersama Cristiano Ronaldo.
Beliau masuk pada minit ke-82 apabila pemain muda pasukan, A. Garnacho dikeluarkan untuk memberi ruang kepadanya.
Tindakan Ten Hag ini mendapat respon yang pelbagai di media sosial kerana bertanggungjawab untuk meletakkan bekas pertahanan Leicester itu selaku penyerang dalam saingan Liga Europa.
Ia nyata membuahkan hasil apabila United kekal dengan kelebihan 1-0 sehingga takat wisel permainan.
The Red Devils mengakhiri saingan peringkat kumpulan E di tangga kedua dengan 15 mata sekaligus bakal berdepan laluan mencabar pada peringkat berikutnya.