Terengganu Bakal Terima Dana Lebih RM20 Juta
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC dijangka akan menerima dana yang lebih besar daripada kerajaan negeri bagi menghadapi Liga Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim 2023.

Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, hal ini susulam perkembangan ekonomi semasa setelah sebelum ini, pihaknya telah memberi suntikan dana sebanyak RM20 juta pada tahun ini.

Hal ini telah membuahkan hasil setelah beberapa pencapaian luar jangkaan tercapai antaranya adalah kejayaan Terengganu FC beraksi di pentas akhir Piala FA serta mara ke Piala AFC.

Advertisements

Malah, beliau turut mensasarkan Terengganu dapat menarik lebih banyak syarikat swasta untuk menaja mereka.

“Sekiranya lebih banyak tajaan swasta akan kurangkan kebergantungan kelab kepada dana kerajaan negeri.”

Advertisements

“Kita akan teruskan lagi usaha untuk dapatkan tajaan daripada pihak syarikat lebih besar.”

“Dengan perkembangan ekonomi yang baik, kita yakin akan memperoleh dana yang lebih besar untuk kelab menghadapi cabaran Piala AFC pada September depan,” katanya selepas Kongres Tahunan PBSNT hari ini.

Advertisements

Terengganu di bawah kendalian Nafuzi Zain berjaya mencipta fenomena selain konsisten selama beberapa musim sebelum

bertukar kepada tampuk kejurulatihan yang baharu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram