Terengganu Batalkan Kerjasama Dengan XFOX
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pasukan Pantai Timur, Terengganu FC memutuskan untuk membatalkan kerjasama dengan penaja terbaru mereka, XFOX.

Keputusan ini diumumkan menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di platform media sosial rasmi Peteh hari ini.

Sebelum ini, XFOX diumumkan sebagai penaja rasmi Terengganu untuk saingan ASEAN Club Championship atau Shopee Cup untuk musim 2024/25.

Advertisements

Menerusi kerjasama ini, Terengganu bukan saja menerima wang penajaan berjumlah RM1.5 juta. Malah, pasukan yang dibimbing Tomislav Steinbruckner itu turut mendapat akses kemudahan sukan milik syarikat itu di Subang Bestari.

Tidak lama selepas kerjasama itu diumumkan, ramai penyokong memberi maklum balas negatif terutama di platform media sosial.

Advertisements

Lantaran itu, Terengganu telah mencapai persefahaman dengan XFOX untuk membatalkan perjanjian yang dimeterai sebelumnya. Pengurusan Peteh turut memulangkan wang penajaan RM1.5 juta kepada syarikat itu.

“Demi keharmonian kelab, dan mengambil kira suara penyokong yang merupakan tulang belakang pasukan, pihak Terengganu FC telah melakukan perbincangan dengan pihak XFOX Market Holdings Sdn Bhd untuk melihat kaedah terbaik penyelesaian isu ini.

Advertisements

“Atas persefahaman bersama, pihak Terengganu FC dan XFOX Market Holdings Sdn Bhd bersedia untuk membubarkan kembali perjanjian penajaan ini tanpa sebarang tuntutan antara kedua pihak.

“Tindakan ini lebih kepada melihat aspek keharmonian kelab untuk mengharungi pelbagai lagi cabaran mendatang. Pihak Terengganu FC akan memulangkan kembali bayaran penajaan pihak syarikat penaja sebanyak RM 1.5 juta yang telah selesai dilunaskan.

Advertisements

“Bagi pihak Terengganu FC, kami merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama singkat bersama pihak XFOX Market Holdings Sdn Bhd.

“Sementara itu, dalam tempoh yang masih berbaki, pihak Terengganu FC akan terus berusaha untuk mendapatkan penaja bagi AFF Shopee Cup 2024,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebaik kenyataan ini disiarkan, ramai penyokong Peteh menyambut baik keputusan yang dibuat pengurusan pasukan. Ini kerana ini menunjukkan pengurusan kelab cakna dengan kebimbangan yang dibangkitkan penyokong.

Terengganu kini fokus untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA menentang Perak FC pada Jumaat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram