Terengganu Dalam Landasan Terbaik ‘Top 3’ Musim 2022
Dunia
Facebook TFC
Advertisements

Menurut laporan daripada Malaysian Football League, pengendali skuad penyu, Nafuzi Zain mengakui bahawa kelebihan yang akan ditampilkan 3 import ini bakal memperkuatkan lagi jentera pasukan untuk membantu skuad mengharungi musim 2022.

Antara pemain import yang akan mengemudi pasukan Terengganu FC ialah Tchetche Kipre dan Kpah Sherman sekaligus melengkapkan 3 import di bahagian serangan bersama Jordan Mintah.

Pengendali yang berusia 43 tahun itu melihat potensi 3 pemain import dari setiap sudut yang berbeza dan beliau percaya individu yang dipilih ini akan mencari kelebihan tersendiri untuk beraksi di dalam padang

Advertisements

“Kita akan lihat daripada segi keperluan, cara bermain daripada mereka dan semestinya masing-masing akan ada peluang mereka sendiri untuk beraksi berdasarkan prestasi semasa nanti,” katanya.

“Kita boleh nampak bagaimana TFC menambahbaik kualiti pasukan terutamanya di bahagian serangan di mana kita ada tiga pemain ini. Saya harap kombinasi mereka dapat memberi impak kepada pasukan,” ujarnya.

Nafuzi menaruh harapan yang tinggi buat 3 pemain import ini kerana mereka adalah tonggak yang akan menajamkan lagi jentera di bahagian serangan. Namun, beliau juga berpesan dalam menempuh musim yang panjang banyak perkara boleh berlaku.

Advertisements

“Kita akan mengharungi musim yang panjang, jadi apa sahaja boleh berlaku dan saya teruja apabila kita akan sentiasa ada pemain yang bersedia untuk diturunkan dan pilihan yang lebih luas kali ini.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram