Terengganu FC Cuba Ulangi Sejarah Musim Lalu Bertemu JDT
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Kekalahan mengejut 0-3 kepada kepada Petaling Jaya City FC (PJ City FC), Rabu lalu ternyata memberikan tamparan hebat buat pasukan Terengganu untuk segera bangkit.

Pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Hafizal Mohamad suarakan keyakinan untuk pasukan TFC bangkit semula dalam pertemuan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) Ahad ini.

Hafizal mengenang kembali detik manis pasukan TFC menumpaskan JDT musim lalu namun mengakui pasukan JDT sukar untuk ditewaskan dan menyasarkan mencuri satu mata.

Advertisements

“Kami yakin aksi bertemu dengan JDT nanti dapat memberikan persembahan yang terbaik dengan sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata ke bumi Terengganu.

“Walaupun perlawanan itu dilihat sukar buat kami lebih-lebih lagi beraksi di stadium keramat mereka di tambah skuad itu konsisten, tapi kami akan cuba untuk mengulangi sejarah musim lalu dengan corak permainan sebenar.

Hafizal menjelaskan beliau dan rakan-rakan sepasukannya sudah bersedia untuk perlawanan menentang JDT Ahad ini. Beliau menjelaskan semua pemain sudah bertekad untuk meningkatkan lagi mutu permainan.

Advertisements

“Tambahan pula saya dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk bertarung dalam aksi kedua itu dengan masing-masing bertekad mahu memperbaiki kelemahan yang ada bagi meningkat lagi mutu permainan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro hari ini.

Mengulas kekalahan mengejut kepada PJ City tempoh hari, Hafizal akui tidak berpuas hati dengan persembahan beliau sendiri pada malam itu. Tambah Hafizal, dia dan rakan sepasukan sudah berusaha sehabis baik untuk bangkit dalam perlawanan itu, namun rezeki dan nasib tidak menyebelahi pasukannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram