Terengganu FC berisiko tidak dapat menurunkan pemain sayap, Akhyar Rashid bagi perlawanan pertama Shopee Cup.
Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner ketika sesi sidang media pra-perlawanan menentang wakil Kemboja, Svay Rieng.
Katanya, skuad Peteh mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dan meraih 3 mata untuk memberi motivasi tambahan kepada pemain.
“Persiapan Terengganu berjalan seperti biasa menjelang aksi pertama Shopee Cup. Kita bagaimanapun menghadapi sedikit masalah berkaitan Akhyar Rashid.
“Beliau menghadapi kecederaan kecil dan kita akan lihat sama ada beliau bersedia untuk perlawanan esok atau tidak atau mungkin letakkannya di bangku simpanan. Saya akan berbincang dengan barisan kejurulatihan.
Pengendali kelahiran Croatia itu juga yakin anak buahnya sudah bersedia untuk beraksi di laman sendiri pada esok hari.
“Para pemain lain kelihatan bersedia. Semua orang tahu betapa pentingnya kejohanan ini kerana ia merupakan pertandingan yang baharu,” jelasnya pada sesi sidang media hari ini kepada Harimau Malaya.
Akhyar merupakan watak penting Terengganu selepas beraksi dalam 11 perlawanan buat skuad Peteh musim ini.
Aksi Terengganu dan Svay Rieng akan berlangsung pada 21 Ogos 2024 jam 9 malam di Gong Badak.