Jaguh Pantai Timur, Terengganu FC menghadapi tiga ujian berat dalam tempoh singkat musim ini.
Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner mencatatkan pencapaian membanggakan apabila menundukkan Sabah FC pada aksi suku akhir Piala FA dengan agregat 8-0.
Finalis Piala Malaysia 2023 ini bagaimanapun perlu mengharungi tiga ujian berbeza dalam tempoh sebulan untuk kekal bersaing secara kompetitif.
Ujian bulan Julai bakal diteruskan dengan berdepan Selangor FC bagi aksi separuh akhir Piala FA pada 20 Julai 2024.
Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menyusul bagi aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada 26 Julai 2024.
Ujian terakhir bulan Julai bakal menyaksikan Terengganu menentang Negeri Sembilan FC bagi aksi Liga Super berikutnya.
Selangor sekali lagi menanti pasukan Pantai Timur itu pada awal Ogos sebelum mengesahkan tiket ke pentas final Piala FA 2024.
Terengganu ketika ini menghuni tangga ke-3 Liga Super dengan 8 mata daripada 4 perlawanan, kurang 4 mata berbanding pendahulu liga, JDT.