Terengganu Hadapi Aura Hebat Ilija Spasojevic Di AFC
AFC Cup
MakanBola
Bali United FC
Advertisements

Menjelang aksi kedua Piala AFC membabitkan Terengganu FC dan Bali United pada 6 Oktober ini, kelibat Ilija Spasojevic bakal menjadi tumpuan ramai.

Ini kerana penyerang naturalisasi Indonesia itu merupakan penjaring terbanyak liga Serdadu Tridatu dengan 40 gol sejak dua musim lepas mengikut statistik Transfermarkt.

Advertisements

Malah, musim ini saja menyaksikan Spasojevic sudah menyumbat empat gol dalam Liga 1 Indonesia. Biarpun kini sudah berusia 36 tahun, keupayaannya menghidu peluang gol amat membantu Bali dalam meraih kemenangan.

Misalnya, dalam aksi Piala AFC menentang Stallion Laguna, Spasojevic diberi penilaian 7.7 oleh Sofascore. Kedua-dua percubaan beliau bukan saja menemui sasaran dalam perlawanan berkenaan.

Advertisements

Malah, beliau juga rajin membantu barisan pertahanan Bali United dengan mengeluarkan bola dari zon bahaya sebanyak dua kali.

Kegagalannya menyempurnakan penalti dalam perlawanan tersebut langsung tidak jejaskan auranya sebagai kapten Serdadu Tridatu dalam perlawanan itu.

Advertisements

Hakikat ini pasti disedari jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner kerana pada musim 2016 dan 2017, Spasojevic ketika itu beraksi untuk Melaka United.

Dilantik sebagai kapten pada musim 2016, beliau menjaringkan 24 gol daripada 48 gol pasukan itu semasa mereka bergelar juara Liga Perdana.

Advertisements

Dengan pengalaman, ketokohan sebagai pemimpin dan bisanya sebagai peledak, Spasojevic sudah pasti mahu menambah koleksi gol beliau dalam Piala AFC. Setakat ini, beliau sudah menyumbat dua gol dalam kejohanan.

Justeru, Terengganu perlu bekerja keras dalam aksi kedua Piala AFC pada 6 Oktober ini jika mahu meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan G.

Advertisements

News Comments Account