Menjelang aksi Liga Super bertemu Kedah, Terengganu terpaksa melupakan khidmat tonggak tengah, Marin Pilj.
Terengganu hadir ke bumi Darul Aman untuk aksi Liga Super dengan misi mengutip 3 mata penuh sekaligus menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam enam aksi sebelum ini.
Walau bagaimanapun, misi ini tampak sedikit sukar apabila wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi melaporkan jaguh Pantai Timur ini bakal kehilangan khidmat Marin Pilj untuk aksi pada Sabtu.
”Terengganu FC hadir ke Alor Setar tanpa kelibat tonggak import, Marin Pilj yang mengalami diarrhea (cirit birit),” lapor Fadhirul Shuhaimi di laman X.
Selain Pilj, kesemua pemain Terengganu dimaklumkan dalam keadaan terbaik dan bebas dari sebaranc kecederaan atau penggantungan untuk turun menentang anak didik Nafuzi Zain.
“Selebihnya tiada isu kecederaan & penggantungan pemain menjelang pertemuan Liga Super menentang Kedah DA jam 9 malam ini,” tambah beliau lagi.
Kedudukan liga setakat ini menyaksikan Terengganu masih kekal di tangga ketiga dengan 17 mata manakala Kedah DA pula berada di tempat ke-11 dengan kutipan 9 mata selepas 10 perlawanan.
Aksi hangat Kedah dan Terengganu bakal berlangsung di Stadium Darul Aman dengan sepak mula dijadualkan pada jam 9 malam.