Advertisements
Terengganu Kesan Individu Misteri Kekal Ekori Akhyar Rashid
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu FC mengambil langkah berjaga-jaga apabila mengesah pemain sayap pasukan, Akhyar Rashid masih diekori individu misteri.

Pemain berusia 25 tahun menjadi mangsa pertama yang menggemparkan arena bola sepak tempatan selepas diserang individu misteri dengan menggunakan cota.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berharap agar tragedi keganasan yang berlaku terhadap dua pemain bola sepak Faisal Halim dan Akhyar Rashid bakal berakhir.

Menerusi laporan oleh Trdi.My, Hishamuddin mahu agar suasana harmoni dan tenang dapat dikembalikan kepada arena bola sepak negara selepas ini.

“Saya harap kes ini yang terakhirlah (sebelum ini) tidak pernah berlaku serangan fizikal yang agak ganas  seperti ini dalam dunia bola sepak.

“Hal ini terutamanya bagi kes yang membabitkan Faisal Halim, kita harap itu peristiwa terakhir dan selepas ini akan balik dalam suasana positif, para pemain merasa tenang dan memiliki semangat kesukanan yang tinggi.

Beliau juga tidak mahu suasana atas padang terbawa-bawa hingga ke luar padang oleh peminat yang memberikan sokongan yang begitu padu.

“Antara pasukan bola sepak akan harmoni bertembung diantara satu sama lain di dalam padang tidak terbawa-bawa sehingga ke luar padang (selepas tamat perlawanan),” ujarnya di Majlis Apresiasi Hi-Tea Penaja Terengganu Football Club Sdn Bhd Sempena Pelancaran Kit Rasmi Musim 2024/2025, di Cindai Ballroom, Duyong Marina & Resort Pulau Duyong.

Kes Akhyar Rashid juga dilaporkan telah diserahkan kepada pihak polis Bukit Aman dengan latihan Terengganu FC juga dijalankan secara tertutup ekoran difahamkan pergerakan pemain pinjaman JDT itu telah diekori.

“Ekoran kes yang timbul Pusat Latihan kini terpaksa ditutup sementara dan para pemain menjalani latihan secara tertutup kerana didapati pergerakan Akhyar diikuti oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Polis juga mengenal pasti semua alamat rumah pemain, kita juga diminta agar melaporkan pergerakan pemain kepada PDRM,”katanya.

Tindakan menutup pusat latihan pemain kepada peminat TFC juga dikatakan hanyalah bersifat sementara sehingga keadaan kembali reda.

“Sebagai langkah keselematan, kita juga memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pusat latihan tersebut,” jelasnya kepada media.

Terengganu bakal meneruskan aksi Liga Super (LS2) menentang Penang di Stadium Bandaraya pada jam 8:15 malam, 19 Mei 2024.