Terengganu Tak Mahu Risikokan Akhyar Rashid
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC mengambil pendekatan berhati-hati untuk membantu pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid kembali cergas untuk kempen 2024/25.

Sebelum ini, pemain sayap yang dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu terpaksa berehat selepas menjadi mangsa kes samun baru-baru ini.

Selain disamun, Akhyar turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya termasuk kepala selepas dipukul individu tidak dikenali dengan cota.

Advertisements

Meskipun pemain sayap berusia 24 tahun itu sudah kembali berlatih, jurulatih skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner merasakan Akhyar belum bersedia untuk diturunkan menentang Penang.

Atas sebab itu, keutamaan Terengganu ketika ini ialah memastikan bintang Harimau Malaya itu kekal cergas dan tidak mengalami kecederaan berulang.

Advertisements

“Kita akan lihat keadaan kecederaan beliau (Akhyar) dalam beberapa hari ini. Beliau menunjukkan bahagian yang cedera kepada saya (iaitu) di bahagian atas kepala dan kaki.

“Sudah tentu beliau masih belum bersedia 100%. Selepas dua minggu beliau berada di hospital dan di rumah, fokus hanya kepada pemulihan.

Advertisements

“Mungkin hari Jumaat ini beliau akan menyertai pasukan (ke Pulau Pinang) jika keadaannya bertambah baik. Tapi saya rasa kurang pasti buat masa ini,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Selepas merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Perak FC, skuad Peteh kini mengalihkan fokus kepada satu lagi pasukan utara tanah air, Penang FC.

Advertisements

Kedua-dua pasukan bakal berentap di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 19 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram