Advertising
Terengganu Pertimbang Wujudkan Kawasan Khas Wanita Di Stadium
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu mempertimbangkan keputusan bagi mewujudkan kawasan khas untuk wanita di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Inisiatif ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim susulan luahan mengenai isu percampuran penonton antara lelaki dan wanita minggu lalu.

“Sewaktu perlawanan bola sepak antara Terengganu FC vs Selangor FC sempena Separuh Akhir Piala FA, antara yang berbangkit adalah tentang percampuran penonton antara lelaki dan perempuan,” ujar Hishamuddin Abdul Karim.

Ad

Oleh itu, bagi pihak kerajaan negeri dan Terengganu FC, cadangan bagi mewujudkan satu zon khas untuk kaum wanita telah dipersetujui dan akan dilaksanakan dalam aksi seterusnya berdepan Negeri Sembilan.

Ad

“Pihak Kompleks Sukan Negeri Terengganu dan Terengganu FC telah memperhalusi perkara ini dan bersetuju untuk memberikan komitmen bagi meletakkan satu kawasan khas buat penonton wanita dan keluarga.”

“Ia akan dimulakan sempena perlawanan Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC pada 30 Julai 2024 ini.

Ad
Ad

Tiada perubahan bagi pintu masuk untuk penonton wanita dan beliau berharap usaha murni pihak pengurusan ini dapat meningkatkan keselesaan para penyokong yang hadir ke stadium.

Ad

“Oleh kerana sifat stadium ini terbuka, pihak penonton wanita tidak dihalang untuk memasuki dari mana-mana pintu dan boleh berada di mana-mana kawasan tempat duduk.”

“Walaupun begitu, usaha memperkenalkan kawasan khas adalah satu bentuk inisiatif istimewa yang diperkenalkan buat kaum wanita dan keluarga demi keselesaan dan keamanan.”

“Sokongan daripada kaum wanita dan keluarga akan menyemarakkan lagi usaha kita bersama bagi mendokong tuntutan beragama dan bersyariah.”

Terengganu dijadualkan melayani kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 30 Julai dengan sepak mula pada jam 9 malam.