Ads
Piala FA: Giliran Terengganu Beri Kekalahan Kepada Selangor
Piala FA
Selangor FC

Perlawanan separuh akhir Piala FA malam ini menyaksikan pertembungan diantara Terengganu menentang Selangor yang berkesudahan dengan keputusan 3-2.

Advertisements

Skuad kendalian Nidzam Jamil bertandang ke Gong Badak untuk memburu kemenangan selesa di tempat lawan. 

Advertisements

Anak buah Tomislav Steinbruckner pastinya mahu menggunakan kelebihan di laman sendiri memastikan bekalan selesa di timbal balik kedua. 

Advertisements
Advertisements

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. Terengganu dilihat lebih selesa mengawal permainan berbanding Selangor. 

Pada minit ke-30 permainan, Kapten Terengganu, Safawi Rasi menghadiahkan jaringan pertama pasukan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti. 

Advertisements

Selang lima minit kemudian, giliran Nurillo Tukhtasinov menggandakan jaringan kedua buat Terengganu menerusi sepakan deras dari luar kotak menewaskan penjaga gol, Sam Sommerville.

Selangor tidak putus asa, Alvin Fortes menjaringkan gol pertama pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada Mukhairi Ajmal pada minit ke-39 permainan.

Separuh masa pertama tamat, Terengganu 2-1 Selangor FC.

Selangor bermula garang seawal minit ke-47 permainan, Arkitek tengah, Noor Al Rawabdeh menyamakan kedudukan selepas bijak melakukan rembatan selepas bola muntah dalam kawasan pertahanan Terengganu.

Terengganu terus tidak berputus asa, Ismahil Akinade meledak gol ketiga pasukan sekaligus menjarakkan lagi perbezaan jaringan pada minit ke-70 permainan. 

Nidzam Jamil melakukan dua pertukaran pada minit ke-80 permainan memasukkan Syahir Bashah dan Alif Haiqal menggantikan Alvin Fortes dan Alex Agyarkwa.

Advertisements

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, giliran Terengganu beri kekalahan kepada Selangor musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram