Terengganu Pilih Liridon Krasniqi
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Dahulunya dikritik dengan agak dahsyat namun kini segalanya berubah 360 darjah buat pemain naturalisasi negara yang kini menyarung jersi Terengganu FC, Liridon Krasniqi.

Segala yang ada pada dirinya dicurahkan dan dipersembahkan di atas padang. Bagi dua aksi terkini Liridon, kredit perlu diberikan kepada beliau yang berjaya menyumbangkan dua bantuan gol.

Pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City), Liridon berjaya membuka mata banyak pihak terutamanya di kalangan penyokong dan pengamal media tempatan.

Advertisements

Antara yang teruja menonton aksi Liridon adalah penulis sukan The Star, T. Avineshwaran. Avinesh berpendapat Liridon adalah pemain tengah box-to-box yang paling baik setakat ini.

“Saya kagum dengan Liridon Krasniqi hari ini. Peranan beliau sebagai pemain tengah box-to-box adalah baik setakat ini. Pergerakan mudah, hantaran tajam dan tekanan yang bijak,” coret Avinesh di laman X miliknya.

Terengganu pilih untuk menurunkan Liridon selepas perancang tengah dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov digantung selepas mengumpul dua kad kuning. Pemilihan kejurulatihan Terengganu itu nyata bukan kesilapan apabila Liridon membalasnya dengan aksi yang baik.

Advertisements

Dengan sumbangan memukau Liridon di bahagian tengah pada aksi separuh akhir menentang KL City, pengurusan Terengganu pantas menamakan perlawanan tersebut sebagai ‘The Matdon Show’.

Pemain terbaik perlawanan itu diberikan kepada Ivan Mamut yang berjaya meledak dua gol penting bagi melayakkan Terengganu ke final menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Jika prestasi cemerlang Liridon dapat diteruskan, tidak mustahil namanya akan tersenai dalam skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram