Terengganu Pinjam Bintang JDT
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu FC melakukan langkah drastik apabila meminjam tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2025/26.

Skuad kendalian Badrul Afzan yang diumumkan kekal selaku pengendali pasukan bakal melakukan rombakan besar-besaran menjelang musim baharu.

Pasukan Pantai Timur itu difahamkan akan membawa masuk 7 muka baharu – 2 pemain tempatan dan 5 pemain import.

Terengganu FC akan membawa masuk 2 orang pemain tempatan serta 5 orang pemain import bagi jendela perpindahan pertama 09 Jun hingga 31 Ogos 2025 untuk memperkuatkan pasukan bagi saingan musim baru.

“Sebelum ini, kelab ini telah memperbaharui kontrak pemain import tengah dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov,” ujar kenyataan kelab.

Skuad Peteh juga memutuskan untuk mengekalkan khidmat pertahanan kanan, Azam Azmi Murad selaku pemain pinjaman bagi musim baharu.

Terengganu FC juga telah mengesahkan untuk kekal mendapatkan khidmat Azam Azmi Murad sebagai pemain pinjaman dari pasukan Johor Darul Ta’zim bagi saingan musim baru ini.

Finalis Piala Malaysia 2023 itu juga telah melepaskan beberapa pemain termasuklah kapten pasukan, Safawi Rasid.

“Antara pemain musim lepas yang tidak lagi bersama Terengganu FC adalah Muhammd Safawi Rasid, Mohd Nor Hakim Hassan, Ismaheel Akinade, Manuel Ott, Ivan Mamut, Nelson Bonilla, Muhammad Syafik Ismail, Muhammad Syaiful Haqim Shahrul dan Argzim Redzovic.

“Kelab akan mula mengumumkan secara rasmi kesemua pemain yang bakal masuk sebelum 5hb Julai 2025 setelah semua urusan disempurnakan,” ujarnya.