Terengganu FC kini mendapatkan khidmat dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman untuk musim 2025-26.
Pasukan Pantai Timur itu kini dalam momentum cemerlang selepas berjaya merakam kemenangan bermakna ke atas Brunei DPMM dengan keputusan 1-0.
Usaha memperkuat pasukan terus dilakukan oleh skuad kendalian Tengku Hazman Raja Hassan selepas membawa masuk dua import baharu dari Tajikistan iaitu Shervoni Mabatshoev dan Ekhson Pandzhshanbe.
Skuad Peteh terus memantapkan jentera serangan apabila turut mendapatkan khidmat tonggak muda negara. Haqimi Azim Rosli.
Pemain berusia 23 tahun ini beraksi buat KL City secara pinjaman pada musim ini sebelum ke Terengganu juga secara pinjaman dari JDT.
Ketika ini, Terengganu telah meminjam dua pemain dari skuad Harimau Selatan termasuklah pertahanan kanan, Azam Azmi Murad pada awal musim ini.
“Terengganu FC juga telah mengesahkan untuk kekal mendapatkan khidmat Azam Azmi Murad sebagai pemain pinjaman dari pasukan Johor Darul Ta’zim bagi saingan musim baru ini,” ujar kenyataan TFC.
Haqimi meninggalkan impak besar selepas merekodkan satu bantuan jaringan ketika Terengganu mengatasi PDRM di Gong Badak.
Carta kedudukan Liga Super terus berlangsung sengit selepas Terengganu melonjak ke kedudukan kelima liga dengan 24 mata – 7 mata terpisah dengan pasukan tangga kedua, Selangor FC (31 mata).