Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC berjaya memintas kedudukan kelab besar Oman di Asia.
Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner menjadi wakil Malaysia di Piala AFC 2023 namun terhenti perjalanan pada peringkat kumpulan.
Terengganu bagaimanapun mengekalkan rekod cemerlang musim ini apabila tidak tewas dalam aksi Liga Super selepas 5 perlawanan.
Kemas kini oleh laman Opta Anaylst menyaksikan skuad Peteh kini melonjak tinggi untuk memintas kedudukan beberapa kelab terkemuka di Asia.
Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Terengganu kini mengumpul 63.7 mata.
Terengganu menghuni tangga ke-195 di Asia dan melonjak 23 tangga ke kedudukan 1807 di dunia ketika ini.
Hal ini memastikan Terengganu berada pada kedudukan lebih baik berbanding beberapa kelab terkemuka seperti Oman Club (197), Baniyas (200) dan juga kelab Thailand, Ratchaburi (217).
Terengganu bakal menentang Selangor FC bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024 pada 19 Julai di laman sendiri.