Pasukan Terengganu FC berjaya memintas ranking kelab gergasi Qatar, Al-Ahli dengan begitu cepat.
Skuad Peteh mengharungi tempoh cemerlang terutamanya selepas mempamerkan kebangkitan pada aksi ASEAN Shopee Cup baru-baru ini.
Anak buah Badrul Afzan cemerlang berjuang di laman lawan apabila membenam cabaran kelab Myanmar, Shan United dengan keputusan 5-0.
Kejayaan ini membantu peningkatan ranking FIFA Terengganu yang kini mengorak langkah untuk menembusi kelompok 100 terbaik dunia berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst.
Laman analisis bola sepak yang memuatkan data hampir 13,500 kelab di dunia itu meletakkan Terengganu pada kedudukan ke-159 dunia dengan 68.0 mata sekaligus berjaya memintas kedudukan gergasi Singapura, Lion City Sailors.
Kedudukan itu sekaligus membolehkan finalis Piala Malaysia 2023 itu berada pada kedudukan lebih baik berbanding kelab Qatar, Al-Ahli SC yang menghuni tangga ke-178 di Asia.
Al-ahli yang dibimbing oleh Igor Biscan kini menghuni tangga ke-3 di Star League sambil mengekori rapat dua pasukan teratas, Al-Duhail dan juga Al-Sadd.
Ujian berikutnya buat Terengganu pada aksi Shopee Cup adalah menentang wakil Indonesia, PSM Makassar pada 22 Januari di laman sendiri.