Terengganu FC mempamerkan aksi cemerlang sungguhpun pulang awal namun 3 aspek positif semakin terserlah.
Skuad kendalian Badrul Afzan menamatkan perjalanan aksi ASEAN Club Championship apabila tewas dengan keputusan 4-3.
Walau bagaimanapun, perjuangan luar biasa Terengganu wajar diberikan pujian tatkala tiga aspek positif dalam pasukan berkembang dengan baik.
3- Peluang Pemain Tempatan Menyinar
Terengganu membariskan muka tempatan terutamanya pada posisi pertahanan.
Peluang yang diberikan secara konsisten kepada pertahanan muda seperti Safwan Mazlan, Azam Azmi, Shahrul Nizam dan Ubaidullah Shamsul cukup memberangsangkan.
Bukan itu sahaja, posisi serangan juga menyaksikan kemunculan pemain seperti Engku Shakir, Nik Sharif selain tunjang utama pasukan iaitu Akhyar dan Safawi Rasid.
2-Aksi Luar Biasa Di Gelanggang Lawan
Terengganu memberikan tentangan sengit kepada BG Pathum sungguhpun beraksi di gelanggang lawan apabila menjaringkan dua gol pada akhir permainan.
Skuad Peteh merekodkan kemenangan 0-5 di tempat lawan menentang Svey Rieng selain memanfaatkan peluang ketika beraksi di laman sendiri.
Semangat melawan yang tinggi terus diperagakan sungguhpun pasukan ketinggalan menjadi antara aspek positif dalam skuad Terengganu.
1-Transisi Kejurulatihan Yang Lancar
Sungguhpun bertukar pengendali daripada Tomislav Steinbruckner kepada Badrul Afzan, prestasi Terengganu lebih konsisten.
Malah, pasukan Pantai Timur itu berjaya tampil dengan aksi memberangsangkan berdepan pasukan berstatus besar dalam negara seperti JDT apabila hanya tewas tipis dua kali.
JDT melakar kemenangan 2-1 dan 1-0 namun tidak bernasib baik apabila kebangkitan BG Pathum mengubah cerita di Thailand.
Kesimpulan:
Terengganu telah memberikan aksi terbaik namun tidak cukup untuk layak ke peringkat separuh akhir.
Wakil Malaysia itu menamatkan cabaran di tangga ketiga kumpulan dengan 7 mata sekaligus menyaksikan PSM Makassar dan BG Pathum layak ke pusingan berikutnya.