Advertising
Terengganu Sedia Berjuang Demi Akhyar Rashid
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu FC sedia berjuang mendapatkan tiga mata menjelang aksi pertama Liga Super demi pemain sayap mereka, Akhyar Rashid.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh jurulatih skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner kepada bahagian media Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baru-baru ini.

Ad

Sebelum ini, Terengganu dikejutkan dengan insiden samun membabitkan Akhyar berhampiran kediamannya di Tanjung, Kuala Terengganu pada minggu lepas.

Ad

Ini disusuli insiden simbahan asid ke atas pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim beberapa hari selepas itu. Dan terbaru, cermin kereta milik bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim dipecahkan.

Steinbruckner mengakui insiden-insiden ini sedikit sebanyak menjejaskan semangat anak buahnya menjelang sepak mula liga pada 11 Mei.

Ad

Pada masa sama, beliau percaya Terengganu tidak akan patah semangat dan akan berjuang mendapatkan tiga mata di hadapan penyokong setia mereka.

Ad

“Memang perlawanan pertama Liga Super ini sangat penting dan kita nak memulakan musim baharu ini dengan 3 mata, jadi saya kata dekat pemain kita kena lakukan juga untuk Terengganu dan bermain demi Akhyar juga.

Ad

“Bukan Akhyar sahaja, tetapi Faisal Halim juga yang ditimpa insiden beberapa hari lepas,” katanya.

Akhyar akan kembali menyertai sesi latihan Peteh pada minggu hadapan. Ketika ini, beliau diberi tempoh masa untuk menenangkan diri sebelum kembali berlatih.

Terengganu bakal berhadapan Perak FC untuk aksi pertama liga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) esok.

Meskipun terpaksa melupakan khidmat Akhyar, Matthew Steenvorden dan Ivan Mamut kerana kecederaan, kem Terengganu diperkuatkan semula dengan kehadiran Azam Azmi Murad yang kembali cergas sepenuhnya.